Seo Services

Twitter Kurangkan Pekerja

SAN FRANCISCO: Twitter akan mengurangkan tenaga kerja sebanyak lapan peratus atau 336 pekerjaan dalam penyusunan semula platform mesej bermasalah itu di bawah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru kembali, Jack Dorsey.

"Penyusunan semula ini adalah sebahagian daripada pelan keseluruhan bagi mengatur operasi berteraskan produk keutamaan syarikat dan memacu kecekapan dalam syarikat," menurut Twitter dalam satu kenyataan kepada pihak berkuasa.

Menurut kenyataan itu, Twitter berhasrat untuk melabur semula simpanan dalam aspek paling utama untuk memacu pertumbuhan.

Langkah itu dibuat dalam tempoh kurang seminggu selepas Dorsey, antara pengasas Twitter, kembali bertugas sebagai CEO sebagai sebahagian daripada usaha untuk merancakkan kembali pertumbuhan.

Dorsey juga akan meneruskan perkhidmatan pembayaran digital, Square yang ditubuhkan kira-kira lima tahun lalu.

Dorsey mengendalikan laman sosial itu pada 2007-2008 dan bertindak sebagai pemangku CEO bagi suku ketiga selepas Dick Costolo meletak jawatan pada Jun lalu. - BH
Twitter Kurangkan Pekerja Twitter Kurangkan Pekerja Reviewed by Unknown on October 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.