Seo Services

Adakah Anda Setuju Hidup Lebih Bahagia Tanpa Facebook?



DENMARK - Satu hasil kajian oleh Institut Penyelidikan Kegembiraan (HRI) mendapati seseorang yang tidak mengakses rangkaian sosial seperti Facebook cenderung untuk lebih bahagia berbanding mereka yang mengaksesnya.

Ketua Eksekutif HRI, Meik Wiking berkata kajian telah membahagikan kepada dua kumpulan responden iaitu mereka yang memiliki Facebook dan mereka yang tidak menggunakannya.

“Kami memberikan tumpuan kepada Facebook kerana ia adalah laman sosial yang digunakan oleh kebanyakan orang di setiap peringkat umur,” katanya

Wiking berkata, hasil kajian menunjukkan 88 peratus daripada 1,094 orang responden menunjukkan mereka lebih berpuas hati dengan kehidupan tanpa menggunakan Facebook.

Katanya, 84 peratus daripada mereka lebih menghargai kehidupan berbanding sebahagian darinya.

“Daripada memberi tumpuan kepada apa yang kita perlu, kita mempunyai kecenderungan untuk memberi perhatian kepada apa yang orang lain ada,” katanya.

Katanya lagi, kesimpulan kajian yang dilakukan pengguna Facebook cenderung untuk rasa tidak gembira berbanding mereka yang tidak mempunyai akaun laman sosial tersebut.- Agensi
Adakah Anda Setuju Hidup Lebih Bahagia Tanpa Facebook? Adakah Anda Setuju Hidup Lebih Bahagia Tanpa Facebook? Reviewed by Unknown on November 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.