NEW YORK – Memahami nilai sebuah karya seni untuk orang awam memang susah. Sebuah karya yang tampak biasa-biasa saja, bahkan menurut sebagian orang justru dinilai indah bagi orang lain dan bernilai sangat tinggi.
Salah satunya adalah lukisan karya artis kelahiran Virginia, Amerika Syarikat (AS), tetapi kemudian memilih untuk menetap terus di Itali sejak 1957, Cy Twombly yang berjudul “Untitled” dan dihasilkannya pada 1970 lalu.
Sekilas pandang, lukisan nadir beliau itu lebih mirip dengan coretan tangan atau contengan cakar di permukaan papan hitam sekolah. Ia sebahagian daripada siri karya beliau bertajuk Blackboard yang bermula pada 1968.
Lukisan macam cakar ayam yang dibuat di atas kepingan kain kanvas dengan menggunakan bahan cat air, krayon lilin, pensil dan cat minyak itu berjaya dijual pada harga lelongan AS$70.53 juta atau kira-kira RM310 juta.
Harga bidaan karya berkenaan menerusi satu acara lelongan terbuka musim luruh yang diadakan di Balai Sotheby, New York, AS pada Rabu lalu itu sekali gus mencatatkan rekod terbaharu untuk sebuah hasil seni lukisan.
Sebelum ini, gedung ternama Christie’s New York pernah menjual satu lukisan kanvas bertajuk Four Marlons oleh artis terkenal, mendiang Andy Warhol pada November tahun lalu dengan harga AS$69.6 juta (RM306 juta).
Agensi berita antarabangsa AFP melaporkan, seorang kurator seni sebagai menjelaskan bahawa lukisan unik itu termasuk dalam kategori karya seni kontemporari dan menggambarkan mengenai citra kehidupan moden.
Hasil daripada penjualan lukisan Twombly yang meninggal dunia di Itali pada 2011 dalam usia 83 tahun itu khabarnya akan digunakan pula untuk prjek pembangunan sebuah kuil baharu di Los Angeles, California, AS.
– Agensi
Contengan Cakar Papan Hitam Pada 1970 Dijual RM310 Juta
Reviewed by Unknown
on
November 15, 2015
Rating:
No comments: