KUCHING: Seorang doktor dilaporkan terperangkap dalam lif di tingkat 18, sebuah apartmen mewah, disini awal pagi tadi.
Mangsa difahamkan sedang menggunakan lif lalu terperangkap selama lebih kurang setengah jam.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dibantu oleh unit EMRS dikerah menuju ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan.
Pihak bomba juga turut dibantu oleh juruteknik lif bangunan tersebut berjaya mengeluarkan mangsa pada jam 7.30 pagi.
Walaubagaimanapun, mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan.-Sarawakiana
Doktor Terperangkap Dalam Lif Apartmen Mewah
Reviewed by Unknown
on
November 23, 2015
Rating:
No comments: