Seo Services

Donald Trump Ejek Wartawan Cacat


NEW YORK: Usahawan hartanah, Donald Trump dikecam The New York Times kerana mengejek seorang wartawan yang mempunyai kecacatan fizikal dalam sebuah perhimpunan, kelmarin.

Trump dirakam mengejek Serge Kovaleski yang menderitai Arthogryposis dalam satu perhimpunan di South Carolina dengan menggayakan aksi tangan cacat.

Arthogryposis adalah sebuah kondisi yang menghadkan pergerakan tangan.

"Kami mendapati tindakan Trump adalah keterlaluan kerana mengejek penyakit yang dideritai oleh wartawan kami," kata kenyataan dari The New York Times.

CNN Money pula melaporkan Trump bertindak sedemikian selepas beliau 'terasa' dengan artikel yang ditulis oleh Kovaleski pada 2001.

Artikel tersebut menuduh Trump menipu selepas Trump mendakwa ternampak beribu-ribu orang Islam di New Jersey bersorak kegembiraan semasa menara berkembar World Trade Center (WTC) diserang pengganas dan runtuh pada 11 September 2001.

Pihak berkuasa juga menafikan dakwaan Trump dan rekod menunjukkan tiada sebarang perhimpunan melibatkan orang Islam di New Jersey ketika kejadian. - SH
Donald Trump Ejek Wartawan Cacat Donald Trump Ejek Wartawan Cacat Reviewed by uMieySurianie on November 26, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.