SAN FRANCISCO - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pengguna laman sosial berang selepas akaun Facebook miliknya disekat kerana namanya sama seperti kumpulan militan IS.
Isis Anchalee, seorang pembangun perisian pada Isnin memuatnaik paparan skrin yang menunjukkan akaun Facebook miliknya disekat.
Dia memuatnaik paparan itu di laman mikro Twitter.
"Kenapa anda (Facebook) menyekat akaun peribadi Facebook saya. Nama sebenar saya ialah "Isis Anchelee," tulisnya.
Menurut Anchalee, dia turut menghantar maklumat peribadinya kepada Facebook sebanyak tiga kali untuk menyelesaikan isu tersebut.
"Facebook fikir saya adalah penganas. Saya menghantar paparan pasport dan ia tidak cukup untuk membuatkan mereka mengaktifkan kembali akaun saya," ujarnya.
Sementera itu, Facebook berkata, pihaknya tersilap menyekat akaun persendirian milik Isis Anchalee selama sehari kerana namanya yang dieja dengan singkatan kumpulan militan.
"Ini adalah kesilapan yang dibuat sebagai sebahagian daripada proses laporan akaun palsu dan kami memohon maaf di atas kesilapan tersebut.
"Ia tidak berkaitan dengan nama individu dan akaunnya telah diaktifkan semula," kata seorang jurucakap Facebook dipetik Reuters.
Gara-gara Nama Sama Kumpulan Militan
Reviewed by Unknown
on
November 24, 2015
Rating:
No comments: