Seo Services

Jangan Tunggu! Daftar Undi Sekarang - SPR


Penduduk Sarawak yang layak untuk mengundi tetapi masih belum mendaftar sebagai pengundi dinasihatkan untuk berbuat demikian sebelum akhir tahun ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, mereka mungkin boleh membuang undi jika pilihan raya negeri Sarawak diadakan pada bulan April tahun depan.

Ini kerana jika pilihan raya yang sepatutnya diadakan 19 Jun tahun depan, diadakan pada bulan April, SPR mungkin menggunakan senarai nama yang diwartakan pada suku terakhir tahun ini.

Setakat suku kedua tahun ini, pengundi berdaftar di Sarawak berjumlah 1.1 juta orang namun beliau menyifatkan jumlah tersebut masih kecil dengan jumlah pengundi baharu hanya kira-kira 10 peratus.

Abdul Aziz berkata, walaupun SPR tidak dapat menjangka tarikh pilihan raya, tetapi apa yang pasti ia akan diadakan tidak lama lagi, oleh itu, rakyat Sarawak tidak perlu menunggu sehingga saat-saat akhir untuk mendaftar sebagai pengundi.

“Jangan tunggu sehingga hari mengundi baru hendak mendaftar, daftarlah dimana-dimana pejabat pos ataupun pejabat SPR sekarang dalam tempoh dua bulan terakhir tahun ini sebab kita tak tahu bila pilihan raya akan diadakan,”

“Rakyat harus memahami bahawa jika mereka tidak berbuat demikian, nama-nama mereka mungkin tidak berada dalam senarai pengundi berdaftar kerana proses semakan pendaftaran keseluruhan akan mengambil masa lima bulan,"

Abdul Aziz berkata kira-kira 220,000 orang akan mengundi di kawasan-kawasan baru. Ini berikutan penambahan 11 kawasan pilihan raya baru dan andaian bahawa setiap kawasan pengundian ini mempunyai kira-kira 20,000 pengundi.

11 kerusi negeri yang baru adalah Gedong, Kabong, Telian, Stakan, Selirik, Samalaju, Murum, Long Lama, Serumbu, Triboh, dan Batu Kitang. - Sarawakiana
Jangan Tunggu! Daftar Undi Sekarang - SPR Jangan Tunggu! Daftar Undi Sekarang - SPR Reviewed by Unknown on November 17, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.