Seorang jutawan dari China, Liu Yiqian yang membeli sebuah lukisan terkenal karya seniman Itali, Amedeo Moditliani dengan harga mencecah AS$170.4 juta (kira-kira RM745.5 juta) dalam satu acara lelongan di Christie’s New York awal bulan ini berpeluang menikmati ganjaran menarik dimana seluruh keluarganya boleh membuat penerbangan kelas pertama secara percuma ke mana-mana destinasi seumur hidup mereka.
Ini kerana, pembelian lukisan ‘Nu couche‘ atau bermaksud telanjang sambil berbaring oleh Liu yang merupakan seorang pengumpul lukisan nadir dibayar menggunakan kad kredit American Express (Amex).
Menurut isteri Liu, Wang Wei seperti dilapor CNBC, mereka merancang untuk membayar lukisan tersebut menggunakan kad kredit dimana dengan cara tersebut pemegang kad, seluruh ahli keluarga termasuk empat orang anaknya dan dua cucu mereka berpeluang membuat penerbangan secara percuma berdasarkan mata ganjaran yang berjaya diperolehi hasil perbelanjaan yang besar terhadap lukisan itu.
“Kami menggunakan pelan pembayaran selama setahun untuk lukisan tersebut.
“Jika kami terpaksa membayar tunai wang pendahuluan (untuk membeli lukisan itu), ia mungkin sedikit menyukarkan kami.
“Maksud saya, siapa yang ada jumlah sebanyak itu (ketika itu),” katanya dipetik laporan tersebut.
Difahamkan, Liu (gambar) memiliki kad kredit American Express jenis “Centurion” atau juga dikenali sebagai Amex bewarna hitam yang mana kad tersebut hanya ditawarkan kepada pelanggan yang membuat perbelanjaan terbesar.
Menurut AP, kad tersebut tidak mempunyai had limit dan pengguna akan mengumpul mata seperti biasa.
Sementara itu, dilaporkan pihak American Express masih belum mengesahkan pembelian lukisan yang dibeli oleh Liu itu sebagai pembayaran yang terbesar atas alasan menjaga kerahsiaan.
Bagaimanapun, jurucakap American Express, Elizabeth Crosta tidak menolak kemungkinan transaksi tersebut.
“Secara teorinya, ia boleh dibuat (pembayaran RM745.5 juta) menggunakan kad kredit American Express.
“Ia adalah berdasarkan hubungan kita dengan pemegang kad dan keputusan ini dibuat berdasarkan kes-kes tertentu,” katanya.
Manakala, ThePointsGuy.com yang memetik kenyataan Zack Honig menyatakan tidak mustahil untuk Liu menikmati ganjaran tersebut.
Menurut Honig, jika Liu menukar ganjaran mata keahlian yang dikumpul hasil pembelian lukisan tersebut kepada syarikat penerbangan tertentu, dia dan keluarganya boleh membuat penerbangan ke mana-mana destinasi seumur hidupnya.
Terdahulu, lukisan yang menunjukan seorang wanita berbogel dalam keadaan terbaring dihasilkan oleh Modigliani pada 1917.
Lukisan ini belum pernah dijual kepada sesiapa dalam mana-mana acara lelongan secara terbuka sebelumnya kerana ia disifatkan sebagai sebahagian daripada koleksi peribadi seorang individu selama 60 tahun. - MD
Jutawan Nikmati Ganjaran Seumur Hidup Beli Lukisan Wanita Bogel Berharga RM745 Juta
Reviewed by Unknown
on
November 24, 2015
Rating:
No comments: