Seo Services

Kaji Teknologi Kuasa Solar Taiwan Untuk Kawasan Pedalaman Bintulu - Tiong

BINTULU, 14 Nov (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan perlu mengkaji kemungkinan menggunakan teknologi kuasa solar keluaran Taiwan untuk rumah panjang di kawasan pedalaman di Bintulu, kata Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur Datuk Seri Tiong King Sing.

Beliau berkata dalam lawatannya ke Taiwan, didapati produk bekalan kuasa solar keluaran negara itu mempunyai bateri yang jangka hayatnya lebih lama dan dilengkapi penapis air sebagai fungsi tambahan.

"Ini boleh memberikan tenaga hijau dan air bersih untuk penghuni rumah panjang," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tiong mengemukakan cadangan itu selepas melakukan lawatan ke Rumah Gisa (Nanga Tabau),Rumah Daniel (Sungai Kemena), Rh. Nuing (Sg.Annau), Rh. Robert, Rh. Lunsa, Rh. Jumput, Rh. Empaling, Rh.Imban dan Rh. Nyalu di sepanjang sungai Batang Tatau, semalam.

Tiong yang juga anggota Parlimen Bintulu berkata walaupun sesetengah rumah panjang telah dilengkapi teknologi tenaga solar, tetapi menghadapi masalah teknikal khususnya jangka hayat bateri.

-- BERNAMA
Kaji Teknologi Kuasa Solar Taiwan Untuk Kawasan Pedalaman Bintulu - Tiong Kaji Teknologi Kuasa Solar Taiwan Untuk Kawasan Pedalaman Bintulu - Tiong Reviewed by Admin on November 14, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.