Seo Services

Keliling 107 Negara Pada Usia 21 tahun


Kegagalan perkahwinan pada usia muda telah memberi inspirasi kepada lelaki dari Rusia ini untuk menjelajah ke seluruh dunia.

Yasik Smirnoff, 21, yang menggelarkan dirinya sebagai Ruso Loco telah mengembara ke 107 negara sejak empat tahun lalu.

"Pengembaraan bukan hanya satu lokasi geografi tetapi ia adalah satu peluang untuk menjadi 'penduduk tempatan' di sesebuah negara.

"Saya pernah tinggal bersama penduduk pribumi di beberapa negara yang pernah saya kunjungi," katanya.

Smirnoff meninggalkan keluarganya di Siberia untuk melanjutkan pengajian pada usia 15 tahun sebelum dia berhijrah ke Hong Kong dan berkahwin kira-kira tiga tahun kemudian.

Bagaimanapun, dia memutuskan untuk membuka buku baharu dengan mengelilingi dunia selepas bercerai ketika berumur 18 tahun.

Menurutnya, dia pernah melalui pengalaman mendebarkan ketika sesat di gurun Gobi di Mongolia tanpa bekalan makanan dan air.

"Saya berjalan tanpa arah tuju selama dua hari sebelum diselamatkan seorang penduduk tempatan," jelasnya.

Smirnoff juga pernah menjadi sukarelawan di pusat perlindungan yang menempatkan ibu dan kanak-kanak dijangkiti Aids.

Pengembaraan ini mengajar saya supaya menjadi lebih berani untuk mencapai impian dalam hidup," katanya lagi yang berhasrat untuk tinggal bersama puak orang asli di Amazon pada satu hari nanti. - Daily Mai
Keliling 107 Negara Pada Usia 21 tahun Keliling 107 Negara Pada Usia 21 tahun Reviewed by Unknown on November 24, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.