Seo Services

Kerajaan Tidak Akan Semak Semula Bajet 2016


KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan menyemak semula Bajet 2016 yang dibentangkan baru-baru ini meskipun Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) mengurangkan pembayaran dividennya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, bajet berkenaan telah mengambil kira aspek penurunan harga minyak.

“Sebelum kita (kerajaan) merangka bajet tersebut, kami berbincang dengan pihak-pihak berkenaan dan justeru itu pembayaran dividen dianggarkan kira-kira RM16 bilion,” katanya kepada pemberita di luar pelancaran CrowdPlus.asia, sebuah platform pendanaan masyarakat ekuiti pertama ASEAN, di sini hari ini.

Dalam laporan sebelum ini, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, dividen rendah itu disebabkan keadaan harga minyak yang rendah dan jangkaan ia akan berterusan.

Petronas akan membayar RM16 bilion kepada kerajaan tahun depan berbanding RM26 bilion tahun ini.

Keuntungan sebelum cukai Petronas bagi suku ketiga berakhir 30 September, 2015 susut kepada RM3.8 bilion daripada RM22.7 bilion pada suku yang sama tahun lepas.

Pendapatan bagi tempoh suku berkenaan turun 25 peratus kepada RM60.06 bilion daripada RM80.37 bilion sebelum ini disebabkan harga minyak rendah berterusan memandangkan bekalan global terus melebihi permintaan.

Sementara itu, harga minyak Brent mencatat purata US$50 (RM218.79) setong dalam tempoh suku tersebut berbanding US$101 setong bagi suku yang sama tahun lepas dan US$62 (RM271.3) setong pada suku kedua tahun ini. – BERNAMA
Kerajaan Tidak Akan Semak Semula Bajet 2016 Kerajaan Tidak Akan Semak Semula Bajet 2016 Reviewed by Unknown on November 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.