PUTRAJAYA: Malaysia akan mengambil beberapa langkah perlu bagi mengiktiraf lebih banyak program ijazah dari India terutama dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) dan kejuruteraan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata permintaan itu dinyatakan oleh Perdana Menteri India, Narendran Modi dalam pertemuan antara kedua-dua pemimpin itu pagi ini di Perdana Putra, di sini.
Perdana Menteri berkata, ramai rakyat di negara ini yang melanjutkan pengajian di India, khususnya dalam bidang perubatan.
"Saya sudah meminta Kementerian Pendidikan Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) meneliti permintaan India supaya lebih banyak sijil akademik institusi negara itu diiktiraf oleh Malaysia terutama dalam bidang IT serta kejuruteraan," katanya pada sidang media bersama Modi di sini sebentar tadi. - BH
Malaysia Iktiraf Lebih Banyak Program Ijazah India - Najib
Reviewed by uMieySurianie
on
November 23, 2015
Rating:
No comments: