Putrajaya: Malaysia dan India menyatakan komitmen untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang pembangunan infrastuktur, pertahanan, perubatan tradisional, pembangunan pentadbiran dan ekonomi serta pendidikan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, Perdana Menteri India Narendra Modi menyatakan hasrat untuk menjalin perjanjian antara kerajaan dan kerajaan untuk pembinaan pusat konvensyen di New Delhi.
"Dalam bidang pendidikan, kerajaan India meminta supaya lebih banyak ijazah dari universiti negara itu diiktiraf, jadi saya akan meminta Kementerian Pendidikan Tinggi dan MQA mengadakan perbincangan mengenai perkara ini.
"Selain itu, Perdana Menteri Modi juga berhasrat untuk mengembangkan perubatan tradisional terutama di negara ini," katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Perdana Menteri India Narendra Modi di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.
Terdahulu, Modi diberikan sambutan rasmi sebelum meneruskan dengan pertemuan tertutup dengan Perdana Menteri.
Kedua-dua pemimpin kemudiannya mengadakan mesyuarat dua hala dan menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di antara Malaysia dan India. - HM
Malaysia, India Tingkatkan Kerjasama
Reviewed by Unknown
on
November 23, 2015
Rating:
No comments: