Seo Services

PM China Diberi Sambutan Rasmi


PUTRAJAYA: Perdana Menteri China, Li Keqiang yang mengunjungi Malaysia untuk lawatan sulungnya ke negara ini sejak dilantik menyandang jawatan itu pada 2013, diberi sambutan rasmi di Dataran Perdana di sini, hari ini.

Ketibaan Li yang dalam lawatan tiga hari sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 dan Sidang-Sidang Berkaitan, disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum lagu kebangsaan Malaysia dan China dimainkan.

Li, yang diiringi isteri Cheng Hong, kemudian memeriksa perbarisan kehormatan terdiri daripada 106 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja sebelum memulakan mesyuarat dua hala dengan Najib.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan menteri-menteri kabinet. Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan tentang kemajuan Perkongsian Komprehensif Strategik Malaysia-China dan usaha untuk meningkatkan bidang-bidang kerjasama bagi manfaat kedua-dua negara.

Selain itu, kedua-dua pemimpin dijangka bertukar pendapat mengenai isu serantau dan global demi kepentingan bersama China-Malaysia.

China kekal sebagai rakan perdagangan terbesar Malaysia selama tujuh tahun berturut-turut dengan jumlah perdagangan dua hala mencecah AS$100 juta selama dua tahun berturut-turut. Pada 2014, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara mencatat AS$102 bilion. - BERNAMA
PM China Diberi Sambutan Rasmi PM China Diberi Sambutan Rasmi Reviewed by Unknown on November 23, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.