Seo Services

PTPTN peruntuk lebih RM1 bilion bayar Wang Pendahuluan Pembiayaan


LENGGONG: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntuk RM1.18 bilion sebagai bayaran Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) kepada 802,347 pelajar sehingga 31 Oktober lepas.

Pengerusinya, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, bagi sesi kemasukan November ini ke institusi pengajian tinggi, PTPTN mengeluarkan peruntukan sebanyak RM21.95 juta sebagai bayaran WPP kepada 14,630 pelajar.

Beliau berkata, wang pendahuluan sebanyak RM1,500 membolehkan setiap pelajar membuat pelbagai bayaran bagi meringankan bebanan mereka.

"Kewujudan PTPTN adalah sangat relevan dan secara tidak langsung membantu pelajar tidak bersifat modal insan yang biasa hanya untuk memenuhi keperluan industri sebaliknya mempunyai bakat untuk membantu negara menghadapi persaingan.

"Kira-kira 200,000 pelajar baharu setiap tahun berpeluang menjejakkan kaki ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta melalui pembiayaan PTPTN," katanya ketika berucap pada majlis penyerahan WPP di Kompleks Komuniti Desa Kemas di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi Strategik PTPTN Mastura Mohd Khalid. - BERNAMA
PTPTN peruntuk lebih RM1 bilion bayar Wang Pendahuluan Pembiayaan PTPTN peruntuk lebih RM1 bilion bayar Wang Pendahuluan Pembiayaan Reviewed by Unknown on November 13, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.