Seo Services

Najib Mahu Lebih Banyak Dagangan Malaysia-China Guna Mata Wang Tempatan


PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu lebih banyak perdagangan Malaysia dan China dilakukan dalam mata wang tempatan.

Menurutnya, jumlah dagangan kedua-dua negara dalam mata wang tempatan hanya sekitar 2.5 peratus daripada jumlah keseluruhan, setakat ini.

"Justeru, pemilihan Bank of China sebagai bank penjelasan renmimbi di Kuala Lumpur akan meningkatkan lagi jumlah dagangan dalam mata wang tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersempena lawatan rasmi Perdana Menteri China, Li Keqiang, ke Malaysia, Isnin..

Perdana Menteri turut mengalu-alukan kerjasama kewangan Malaysia-China menerusi kemudahan penggunaan unit tempatan bagi menyokong pertumbuhan perdagangan merentasi sempadan, pelaburan dan pengaliran dana sejak beberapa tahun lepas.

Inisiatif itu termasuk pertukaran mata wang dan langkah kerjasama merentasi sempadan yang dipersetujui, perdagangan langsung mata wang antara renminbi dan ringgit serta penubuhan sebuah bank penjelasan renminbi di Kuala Lumpur, katanya.

"Selain itu, kita turut menyambut baik hasrat People's Bank of China untuk memberi kuota Kelayakan Renminbi Bagi Institusi Pelabur Asing sebanyak RMB50 bilion kepada Malaysia," kata Perdana Menteri.

Malaysia dan China juga memeterai lapan perjanjian persefahaman (MoU) melibatkan kerajaan kedua-dua negara itu hari ini bagi meningkatkan hubungan dagangan, kebudayaan serta pentadbiran.

Susulah pemeteraian perjanjian itu, Malaysia dan China mengulangi komitmen untuk bekerjasama meningkatkan perkongsian Malaysia-China secara meluas serta mengukuhkan lagi Pakatan Strategik Komprehensif bagi manfaat dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.

-- BERNAMA
Najib Mahu Lebih Banyak Dagangan Malaysia-China Guna Mata Wang Tempatan Najib Mahu Lebih Banyak Dagangan Malaysia-China Guna Mata Wang Tempatan Reviewed by Unknown on November 24, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.