SITI Nadrah menerima kucupan sayang ibu bapanya. |
Putrajaya: “Saya kerap menangis setiap kali melihat lantai tandas dipenuhi rambut gugur, tetapi saya kuatkan semangat melawan penyakit kanser dengan menjalani rawatan kemoterapi secara konsisten,” kata bekas pesakit kanser kalenjar Siti Nadrah Razali, 27.
Menurutnya, dia juga hampir berputus asa ketika menjalani rawatan selepas melihat rakan yang kritikal di depan mata menyebabkan emosi terganggu.
Menurutnya, saat dimaklumkan menghidap kanser kalenjar tahap ketiga 14 tahun lalu, Siti Nadrah yang ketika itu berusia 13 tahun amat terkejut kerana sebelum ini dia menjalani kehidupan aktif.
Walaupun perkhabaran itu amat menyakitkan, namun dia tetap menerima ujian berkenaan dengan reda ditambah dengan sokongan ibu bapa dan dua adiknya.
Mengimbas kembali detik berkenaan, suri rumah dan peniaga dalam talian itu berkata, kehidupannya berubah sekelip mata apabila menjadikan Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagai rumah kedua menerima rawatan kemoterapi. -Metro
Rambut Di Lantai
Reviewed by Unknown
on
November 24, 2015
Rating:
No comments: