KUCHING: Presiden MJMM, Datuk Paduka Ayahanda Abdul Rani Kulup mahu pihak Polis menjalankan siasatan dengan kadar segera terhadap perjumpaan Nurul Izzah dan Jacel Kiram semasa membuat laporan Polis di IPD Kuching petang semalam.
Rani menyatakan Nurul Izzah telah mengadakan perjumpaan dengan Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III yang dipercayai sebagai dalang tragedi pencerobohan serta pembunuhan di Lahad Datu.
"Tindakan Nurul seolah-olah mengiktiraf serta merestui peristiwa pembunuhan 7 anggota Polis yang dilakukan oleh kesultanan Sulu," tegas beliau.
"Ini menunjukkan beliau (Nurul) sememangnya sengaja menjalinkan kerjasama dengan pemberontak Sulu, secara tidak lansung mengiktiraf mereka," tambah Rani.
Rani yang juga merupakan wakil Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN) turut mendesak agar Menteri di Kementerian Dalam Negeri dan PDRM mengambil tindakan tegas ke atas YB Nurul Izzah dan apa-apa unsur berkaitan kerjasama dengan pengganas Sulu.
Sebagai pemegang rekod 'laporan Polis terbanyak', Rani telah membuat satu sidang media khas pada malam tadi di Lorong Cahaya DAMAI 9B, Bandar Baru Samariang.
Rani Kulup Buat Laporan Di IPD Kuching, Siasat Nurul Izzah
Reviewed by uMieySurianie
on
November 25, 2015
Rating:
Reviewed by uMieySurianie
on
November 25, 2015
Rating:

No comments: