Seo Services

Sarawak Buru Lebih Gol


SKUAD Sarawak perlu menjaringkan lebih gol apabila turun menentang Selangor dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2015 di Stadium Negeri malam ini.

Ini bermakna, Sarawak perlu menang sekurang-kurangnya dengan kelebihan dua gol atau lebih daripada itu sebagai bekalan untuk aksi kedua di Shah Alam Sabtu ini.

Demikian pendapat pengendali Sarawak, David Usop yang yakin terhadap keupayaan anak-anak buahnya untuk membenam Selangor malam ini. "Kami mempunyai dua misi iaitu menang dan kalau boleh menjaringkan seberapa banyak gol," kata David.

"Kami sedar ia bukan tugas mudah, namun ia adalah pilihan awal kami kerana amat penting untuk membawa bekalan selesa ke Selangor," jelasnya.

Menurut David, aksi di Selangor pastinya menjanjikan perlawanan yang lebih sukar lagi. Walaupun masih merasai kepenatan, namun anak-anak buah David tetap bersemangat untuk mengejutkan Selangor malam ini.

"Apa yang penting ialah para pemain mesti fokus sepanjang saingan di samping berusaha sedaya upaya untuk tidak dibolosi," katanya.

Bagi David, terdapat perubahan dalam senarai utama malam ini ekoran faktor kecederaan. "Kemungkinan besar kami akan mengetepikan Ryan Griffiths (cedera).

Namun ia tidak membimbangkan," kata David. Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Abdullah Julaihi berharap ’gelombang merah’ akan melanda Stadium Negeri malam ini.

"Pihak kami amat mengharapkan sokongan padu para penonton sepanjang perlawanan. Inilah peluang terbaik kita untuk meneruskan perjuangan," jelasnya.

Apa yang pasti dijangkakan sekitar 15,000 hingga 18,000 penonton akan ke stadium malam ini. - US
Sarawak Buru Lebih Gol Sarawak Buru Lebih Gol Reviewed by uMieySurianie on November 24, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.