Seo Services

Sarawak Yakin Mampu Atasi Selangor Di Stadium Shah Alam

Foto: Nadim Bokhari

KUCHING: Sukar, tetapi jurulatih David Usop tetap yakin pasukan kendaliannya mampu menebus kekalahan 1-2 di laman sendiri apabila bertandang ke Stadium Shah Alam pada Sabtu ini untuk pusingan kedua suku akhir Piala Malaysia.

Defisit dua gol pula memerlukan skuad Bujang senang itu menang sekurang-kurangnya dua gol bagi layak ke separuh akhir, yang bermakna ia perlu menang 2-0 atau 3-1 ke atas Selangor yang memiliki kelebihan gol di tempat lawan.

Jurulatih sementara Sarawak itu, mengakui tugas sukar anak buahnya tetapi menegaskan mereka tidak akan hutus harapan untuk menewaskan pasukan tuan rumah nanti.

"Semua orang tahu Selangor merupakan pasukan yang kuat dan perlawanan akan datang merupakan kelebihan kepada mereka kerana bermain di tempat sendiri tetapi apa saja boleh berlaku dalam bola sepak.

"Kami perlu berhabis-habisan untuk menjaring gol dan memberi tumpuan penuh kepada perlawanan, dan dengan sedikit tuah kami boleh mengubah keadaan untuk layak ke separuh akhir," katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, Sarawak berkeupayaan mengalahkan sebarang pasukan dan menambah Selangor juga pernah kalah di gelanggang sendiri dan ia akan berulang pada Sabtu ini.

Selain Joseph Kalang Tie yang digantung lima perlawanan, David berkata semua pemainnya bersedia untuk perlawanan Sabtu ini. - BERNAMA

Sarawak Yakin Mampu Atasi Selangor Di Stadium Shah Alam Sarawak Yakin Mampu Atasi Selangor Di Stadium Shah Alam  Reviewed by uMieySurianie on November 26, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.