Seo Services

Seramai 300 Mangsa Banjir Di Limbang Masih Di Pusat Pemindahan


MIRI: Sejumlah 300 orang mangsa banjir dari 107 keluarga masih lagi ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Dewan Masyarakat Medamit, Limbang, setakat pukul 8 malam tadi.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Limbang, Subuh Posa berkata kesemua mangsa yang ditempatkan di sana ialah dari Kampung Hulu Medamit.

"Bekalan makanan telah dihantar oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),"katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Subuh berkata paras air sungai menunjukkan ada penurunan namun langkah berjaga-jaga masih diteruskan.

Mangsa banjir tersebut berada di pusat pemindahan berkenaan sejak pukul 2 petang kelmaarin. - BERNAMA
Seramai 300 Mangsa Banjir Di Limbang Masih Di Pusat Pemindahan Seramai 300 Mangsa Banjir Di Limbang Masih Di Pusat Pemindahan Reviewed by uMieySurianie on November 27, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.