SIBU: Seramai tiga orang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Mukah nyaris maut apabila lori pasukan merempuh sebuah treler yang diletakkan di bahu jalan tanpa sebarang tanda amaran segi tiga di Kilometer 83 Jalan Sibu-Bintulu berhampiran simpang Mukah-Selangau malam kelmarin.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 10 malam itu, dimana ketiga –tiga anggota berkenaan difahamkan dalam perjalanan menuju ke Bintulu untuk urusan kerja.
Memetik laporan dari akhbar Utusan Borneo, menurut Ketua Polis Daerah(KPD) Mukah DSP Jimmy Panyau memberitahu dua anggotanya telah mengalami kecederaan termasuk seorang patah tangan kiri dan mengalami kecederaan di kepala manakala seorang lagi hanya mengalami cedera ringan.
Ketiga-tiga anggota terbabit telah dikejarkan ke Hospital Sibu sejurus kemalangan tersebut berlaku.
Sehingga berita ini ditulis, dilaporkan mangsa didalam keadaan stabil selepas menerima rawatan.
Walaubagaimanapun kes tersebut kini dalam siasatan pihak polis.-Sarawakiana
Sumber:Utusan Borneo
Tiga Anggota Polis IPD Mukah Nyaris Maut Rempuh Treler
Reviewed by Unknown
on
November 26, 2015
Rating:
Reviewed by Unknown
on
November 26, 2015
Rating:

No comments: