PUTRAJAYA: Pengubahsuaian Bajet 2016 akan dilakukan dalam masa terdekat dengan mengambil kira perkembangan semasa ekonomi global, kata Datuk Seri Najib Razak.
Perdana Menteri berkata, pengukuhan nilai dolar Amerika Syarikat, kejatuhan harga minyak dan komoditi utama selain penguncupan beberapa ekonomi besar dunia seperti China adalah antara faktor yang diberi pertimbangan.
"Bila saya bentangkan Bajet 2016, harga minyak berada pada AS$48 setong tetapi semalam, harganya AS$31.58. "Justeru, Bajet 2016 perlu menjalani beberapa pengubahsuaian selaras dengan keadaan ekonomi semasa.
"Saya tidak mahu menggula-gulakan rakyat dengan tidak berpaksikan hakikat sebenar.
"Lebih baik berterus terang dan jujur dalam tanggungjawab membela nasib rakyat," katanya ketika berucap pada perhimpunan khas dengan warga Kementerian Kewangan, di sini sebentar tadi.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, 2016 adalah tahun yang amat mencabar terutama dari segi ekonomi. - BH
Bajet 2016 Perlu Pengubahsuaian - PM
Reviewed by uMieySurianie
on
January 08, 2016
Rating:
No comments: