KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Khas Kabinet Bagi Membantu Usahawan Muda akan menyelaras semua usaha memperkasakan usahawan di negara ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, jawatankuasa itu juga akan melihat keberhasilan semua tabung, inisiatif dan langkah dilaksanakan semua agensi kerajaan membantu usahawan sedia ada.
"Jawatankuasa itu juga memantau dan mengumpul maklumat mengenai usahawan untuk menilai sejauh mana kejayaan pelbagai usaha membantu golongan usahawan di negara ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Jelajah Usahawan Malaysia Pakar (JUMP) anjuran Pertubuhan Pakar Jaringan Usahawan Berjaya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. - BH
Jawatankuasa Khas Kabinet Selaras Usaha Bantu Usahawan
Reviewed by Unknown
on
January 09, 2016
Rating:
No comments: