SEPANG: Jenazah pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kapten Hasman Hussin, yang meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya hanyut dalam kejadian banjir di Missouri, Amerika Syarikat, tiba di tanah air hari ini.
Jenazah yang dibawa pulang menggunakan pesawat China Airlines tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini jam 1.18 tengah hari.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Durian Daun, Masjid Tanah, Melaka.
Hasman, 33, yang sedang menjalani kursus di Fort Leonard Wood sejak 1 Okt lepas dilaporkan hilang pada 26 Dis apabila kenderaan yang dinaiki bersama rakan kolejnya dihanyutkan banjir di Missouri, yang turut meragut nyawa empat rakannya.
Rabu lepas, Markas Tentera Darat mengesahkan mayat Allahyarham dijumpai pada 11 pagi, 28 Disember waktu tempatan (1 pagi, 29 Disember waktu Malaysia).
Allahyarham meninggalkan isteri Siti Hazwani Ahmad dan tiga anak lelaki berusia tiga tahun dan pasangan kembar berusia kira-kira tiga bulan. - BERNAMA
Jenazah Kapten Hasman Tiba Di KLIA
Reviewed by uMieySurianie
on
January 06, 2016
Rating:
No comments: