Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperhebatkan usaha untuk membanteras kehadiran kenderaan tidak berdaftar (klon) di atas jalan raya di seluruh negara mulai tahun ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, bagi tujuan itu pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas pada 1 Januari lalu bagi memburu pemilik-pemilik kenderaan yang terlibat.
"Kita anggarkan terdapat 2,000 hingga 3,000 kenderaan klon masih berada di atas jalan raya di negara ini.
"Justeru, kehadiran pasukan khas ini diharapkan dapat mengurangkan jumlah tersebut demi keselamatan pengguna jalan raya,"katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Jom JPJ Peringkat Negeri Kedah di bekas tapak pasar raya Sukamari di sini hari ini.
- Bernama
JPJ Perhebat Banteras Kenderaan Klon
Reviewed by Unknown
on
January 09, 2016
Rating:
No comments: