Seo Services

Kenangan Bersama Ayahanda Seperti Baru Semalam Masih Bersama Keluarga - Pm Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukan gambar beliau bersama ayahandanya Tun Razak Hussein dan bonda Tun Rahah Mohammad Noah di mana ketika itu Najib berusia tujuh bulan (Gambar Fail Bernama)

KUALA LUMPUR,: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengimbau kenangan bersama Allahyarham ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein yang sudah meninggal dunia empat dekad lalu dan masih segar diingatannya.

"Meskipun dah banyak tahun berlalu, kenangan saya dengan Ayahanda seperti baru semalam beliau masih bersama keluarga. Semoga roh Ayahanda dicucuri rahmat. Al-Fatihah," kata Najib dalam catatan di laman Facebooknya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika memaklumkan berhubung sesi temu ramah beliau untuk rancangan khas televisyen sempena 40 tahun pemergian Allahyarham Tun Abdul Razak yang akan disiarkan pada 14 Jan depan.

Allahyarham Tun Abdul Razak yang lahir pada 11 Mac 1922 merupakan Perdana Menteri Malaysia Kedua bermula 22 Sept 1970 dan digelar sebagai Bapa Pembangunan.

Beliau meninggal dunia kerana penyakit leukemia di London, United Kingdom pada 14 Januari 1976.

Najib pula menjadi Perdana Menteri Malaysia Keenam pada 3 April 2009.

-- BERNAMA
Kenangan Bersama Ayahanda Seperti Baru Semalam Masih Bersama Keluarga - Pm Najib Kenangan Bersama Ayahanda Seperti Baru Semalam Masih Bersama Keluarga - Pm Najib Reviewed by Unknown on January 07, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.