Masih dalam proses pembinaan. |
KUCHING: Tarikh akhir penyiapan laluan berbumbung Lebuh India, dijangka selesai sebelum sambutan perayaan Tahun Baharu Cina pada 8 Februari depan yang telah ditetapkan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Datuk Bandar DBKU, Datuk Abang Abdul Wahap Abang berkata, tarikh penyiapan projek pemasangan laluan berbumbung telah dimulakan sejak 2 Februari tahun lalu dengan peruntukan sebanyak RM4.2 juta.
“Kami telah bermesyuarat dengan pihak kontraktor utama dan subkontraktor baru-baru ini dan tarikh akhir penyiapan yang diberikan adalah 13 Januari (Rabu) depan.
“DBKU akan mengenakan penalti ‘Liquidate Ascertained Damages’ (LAD) kepada kontraktor dengan caj sebanyak RM1,000 sehari jika berlaku sebarang kelewatan selepas tarikh itu tersebut,” jelas beliau.
Wahab berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media selepas merasmikan Rumah Kelab DBKU di sini, pada Isnin.
Memetik sumber akhbar dari Utusan Borneo, DBKU turut mengambil tindakan untuk memberi tekanan dan gesaan kepada kontraktor untuk menyiapkan projek itu dengan segera kerana kelewatan itu memberi implikasi yang tidak menyenangkan khususnya kepada peniaga yang berniaga di situ sejak setahun lalu.
Projek laluan berbumbung Lebuh India tersebut telah siap pada tahap 85 peratus dan apabila siap kelak ia akan memberi wajah baharu pada Lebuh India selain memberi keselesaan kepada warga kota yang membeli-belah di sana dengan adanya bumbung untuk berlindung daripada panas dan hujan.
"Penyiapan projek laluan berbumbung itu juga bakal menjadikan Lebuh India satu-satunya kawasan komersial pertama di bandar raya ini yang mempunyai saluran terus ke sistem pembetungan utama bandar," jelasnya lagi –Sarawakiana.
Projek Laluan Berbumbung "India Street" Siap 85 Peratus - DBKU
Reviewed by Unknown
on
January 07, 2016
Rating:
No comments: