Seo Services

'Saya Hanya Bergurau Tentang Bawa Bekal'


PUTRAJAYA - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainuddin menegaskan bahawa isu 'bawa bekal' ke pejabat bagi menangani kos sara hidup hanya sebagai gurauan beliau bersama pegawai-pegawai kementerian.

Beliau berkata, media sepatutnya tidak menjadikan perkara itu sebagai isu besar kerana itu adalah cara beliau untuk bermesra dengan pegawai-pegawai ketika himpunan bulanan kementeriannya

"Itu saya begurau dengan pegawai di himpunan bulanan bukan (ucapan) ditujukan oleh rakyat.

"Lepas ini saya tak boleh buat lawak lagi kena jadi sangat serius dengan kamu semua (media)," katanya sebelum memulakan sidang media Jawatankuasa tertinggi bagi menangani kos sara hidup semalam.

Kelmarin isu bawa bekal menjadi kecoh di media sosial sebaik sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan menteri menggesa kakitangannya untuk membawa bekalan tengah hari atau memasak makanan mereka di pejabat dalam menangani kos sara hidup yang kian meningkat.

"Saya berbincang dengan Setiausaha Agung untuk melaksanakan beberapa langkah di jabatan untuk kakitangan kami. Kami tidak akan lagi menghidangkan makanan semasa mesyuarat selepas ini, dan semua kakitangan digalakkan untuk bawa makan tengah hari mereka sendiri [ke pejabat].

"Bermula esok, saya juga akan membawa beras saya sendiri untuk memasak di pejabat. Saya mengalu-alukan mereka yang ingin menyertai saya pada waktu makan tengah hari, "katanya secara berseloroh. - SH
'Saya Hanya Bergurau Tentang Bawa Bekal' 'Saya Hanya Bergurau Tentang Bawa Bekal' Reviewed by uMieySurianie on January 08, 2016 Rating: 5

1 comment:

  1. Ada kebenarannya cakap Datuk Hamzah Zainuddin. Apa masalahnya dengan membawa bekal ke pejabat sekiranya ini adalah salah satu cara untuk mengatasi kos sara hidup. Kalau kau ada cara lain, kongsilah dengan kami semua, jangan dok asyik melalak aje!

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.