WASHINGTON: Laman sosial mikro, Twitter Inc sedang menyediakan ciri baharu yang membolehkan pengguna memuat naik posting lebih panjang sehingga mengandungi 10,000 karakter, melebihi had 140 karakter ketika ini.
Twitter dalam laman web beritanya, Re/code hari ini melaporkan, apabila had 10,000 karakter itu diperluaskan, ia membolehkan pengguna memuat naik lebih 1,000 perkataan dengan adanya ruang bagi setiap perkataan dijarakkan selain penggunaan noktah dan simbol.
Twitter dijadual melancarkan perkhidmatan terbaharu itu penghujung suku pertama tahun ini namun tarikh rasmi belum ditetapkan.
Re/code yang memetik sumber berkata, had karakter dalam tweet pengguna itu mungkin akan dimulakan sebelum versi terakhir produk diperkenalkan.
Pengasas bersama Twitter, Jack Dorsey, yang kembali semula sebagai Ketua Eksekutif pada Oktober lalu dalam beberapa siri tweetnya bagaimanapun tidak menyebut bahawa laman sosial itu akan memperluaskan lagi penggunaan karakter.
Namun baru-baru ini beliau ada menyebut mengenai 'ketidak selesaan yang menarik' merujuk kepada had ruangan muat naik posting dalam laman itu.
Beliau berkata, syarikat mendapati lebih ramai pengguna laman itu kini berkongsi paparan skrin menerusi teks yang sukar untuk memenuhi had ruang 140 karakter.
"Kami tidak akan segan untuk membangunkan perisian yang membolehkan orang ramai menggunakan sepenuhnya laman Twitter," kata Dorsey yang menulis dalam paparan skrin yang melebihi 140 karakter. - Reuters
Tweet Terlalu Pendek, Twitter Rancang Tambah 10,000 Karakter
Reviewed by uMieySurianie
on
January 06, 2016
Rating:
No comments: