PBB Kenakan Sekatan Paling Keras Ke Atas Pyongyang

Seo Services

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu mengenakan sekatan paling keras setakat ini terhadap Korea Utara sebagai reaksi kepada ujian nuklear keempat dan pelancaran roket, sekali gus mendorong Pyongyang bertindak balas dengan mempamerkan kekuatan tenteranya. 

Majlis Keselamatan sebulat suara meluluskan resolusi melaksanakan sekatan baru selepas tujuh minggu rundingan diadakan di antara Amerika Syarikat dan China, sekutu tunggal Pyongyang. 

Semua perhatian kini tertumpu kepada China dan Russia untuk melihat sama ada ia menggubal sepenuhnya langkah itu.

Sekatan memecahkan rekod baru, meminta semua negara memeriksa kargo yang datang dan pergi dari Korea Utara, di semua lapangan terbang dan pelabuhan.

PBB turut mengharamkan atau mengehadkan eksport arang batu, besi dan bijih besi serta mineral lain dari Korea Utara, dan melarang bekalan bahan bakar penerbangan termasuk minyak roket. - AFP

PBB Kenakan Sekatan Paling Keras Ke Atas Pyongyang PBB Kenakan Sekatan Paling Keras Ke Atas Pyongyang Reviewed by Unknown on March 03, 2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.