Burung enggang atau dalam bahasa inggerisnya yang dipanggil sebagai Hornbill mempunyai pelbagai daya tarikan malah menjadi bahan cerita atau pendedahan tentang sejarah -sejarah lama atau cerita yang berunsurkan mitos. Antara sejarah atau mitos yang mengaitkan tentang burung ini ialah kisah Panglima burung yang terkenal di bahagian Kalimantan.
Burung Enggang ini dikaitkan dengan panglima tersebut kerana dianggap sebagai jelmaan bagi panglima tersebut yang kini masih belum diketahui latar belakangnya dan ada yang menganggap bahawa panglima tersebut dapat hidup beratus-ratus tahun dan akan menjelma sebgai burung Enggang jika hendak berkomunikasi dengan masyarakat tempatan.Oleh itu,burung ini kini dianggap sebagai haiwan suci dan juga melambangkan keberanian tokoh pahlawan Dayak kalimantan.
1. 1. BURUNG ENGGANG KENYALANG
Burung Enggang Badak atau boleh dipanggil dengan nama lain seperti atau dalam bahasa inggerisnya iaituRhinoceros Hornbill. Malahan Burung ini juga mempunyai nama lain dalam istilah nama saintifik bagi burung ini ialah buceros Rhinoceros.
Burung Kenyalang boleh didapati di kepulauan Borneo (Sarawak, Sabah, Brunei, dan Kalimantan), Semenanjung Malaysia, Sumatera, dan Pulau Jawa. Burung Kenyalang ini melambangkan satu daripada 'Petara'(Tuhan) yang paling berkuasa dalam kaum Dayak, Singalang Burong yang memainkan peranan yang penting dalam perayaan keagamaan Iban, terutamanya Hari Gawai Kenyalang.
Kenyalang mengemari buah ara dan memain peranan dalam penghapusan buah ara – suatu proses yang menujukan penumbuhan penghutanan ekosistem Sarawak. Selain itu, burung ini juga merupakan burung rasmi negeri Sarawak inspirasi dari jata rasmi.
2. BURUNG ENGGANG PAPAN
Burung Enggang papan atau lebih dikenali sebagai Great Hornbill boleh dijumpai di India, bahagian negeri China,negara di southeastern Asia termasuk Thailand , juga di Indonesia dan Malaysia iaitu di Sarawak. Burung ini lebih dikenali nama ialah Kenyalang besar . tetapi burung ini mempunyai nama saintifik. Nama saintifiknya ialah Buceros bicornis.
Burung ini biasanya bersaiz 119 - 122 cm tak kira jantan dan betina sama jak saiz. Great Hornbill ialah satu daripada anggota terbesar Keluarga kenyalang. Ia boleh mempertimbangkan antara 5.5 - 7 berat. Burung Enggang Papan ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Enggang Papan tidak bergigi.
Paling ketara juga ialah ciri Great Hornbill ialah casque besar yang berhenti di atas paruh dan dahinya. Casque atau pelindung kepala tidak berat apabila ia muncul tetapi ia agak menyalakan apabila ia diperbuat daripada sel-sel berongga tercagar dinding-dinding tipis. Nampak seiras dengan casque burung enggang badak Cuma bezanya casque burung enggang badak melentik keatas.
Proses mengawan Great Hornbills kadang-kadang bermula dengan lelaki melanggar dan menyampuk pelindung kepala di pertengahan mengudarakan supaya "memenangi" seorang teman. Burung Enggang Papan membiak dengan bertelur. Telur Burung Enggang Papan bercangkerang keras
Keunikan burung enggang ini ialah berperanan yang burung enggang besar main dalam menyebar benih banyak pokok buah.
2. 3. BURUNG ENGGANG GATAL BIRAH
Burung Enggang Gatal Birah atau dalam bahasa inggerisnya dikenali sebagai Black Hornbill ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama saintifiknya pula ialah Anthracoceros Malayanus. Ia juga dikenali sebagai .
Burung Enggang Gatal Birah betina mempunyai merah jambu di sekitar matanya. Badan dan sayap burung Burung Enggang Gatal Birah ialah hitam tetapi mereka mempunyai satu warna putih dibawah jalur ekornya.
Burung ini tidak mempunyai paruh tanpa gigi.
Iris coklet kemerahan-merahan pada kaki burung jantan, manakala untuk burung betina kakinya berwarna hitam.
Burung Enggang Gatal Birah merupakan haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang, kelas Burung. Burung Enggang Gatal Birah ini adalah haiwan yang berdarah panas dan mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah.
Jantung Burung Enggang Gatal Birah terdiri daripada 4 kamar seperti manusia iaitu kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikle.
Burung Enggang Gatal Birah membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya
3. 4. BURUNG ENGGANG JAWA
Burung Enggang Jawa atau dalam bahasa Inggerisnya Papuan Hornbill ialah burung enggang yang besar sehingga 91 sentimeter panjangnya, dan yang hidup di sudur hutan tanaha pamah Kepulauan Maluku, New Guinea dan Kepulauan Bismarck sehingga ke Kepulauan Solomon di Timur. Burung Enggang Jawa ialah spesies burung enggang asli yang tunggal di New Guinea dan merupakan salah satu burung terbang yang terbesar di kawasan itu. Nama saintifiknya Aceros plicatus.
Burung jantan mempunyai kepala yang berwarna sawo matang keemas-emasan, bulu yang hitam, iris yang perang kemerah - merahan, kulit orbit yang biru pucat, serta ekor yang putih. Secara amnya, burung betina berwarna hitam pada keseluruhannya, dengan leher dan ekor yang putih. Anak burung kedua-dua jantina seakan-akan burung jantan rupanya.
Burung-burung dewasa mempunyai sehingga lapan lipatan pada kask yang pucat warnanya, manakala anak burung tidak mempunyai sebarang lipatan. Makanan utama Burung Enggang Jawa terdiri daripada buah - buahan, serangga, serta binatang kecil.
5. 5. BURUNG ENGGANG TANGLINGBurung Enggang Tangling atau dalam bahasa inggerisnya Malabar Pied Hornbill ialah burung enggang yang merupakan pembiak huni yang biasa di Asia selatan tropikia, dari India dan Sri Lanka hingga ke Borneo di timur. Nama saintifiknya Anthracoceros coronatus.
Burung Enggang Tangling ialah burung besar yang 65 sentimeter, panjangnya. Sebahagian besar bulunya berwarna hitam, selain daripada bahagian perut, tompok leher, tepi ekor, dan tepi belakang sayapnya yang berwarna putih. Paruhnya berwarna kuning, dengan kask yang besar dan yang berwarna hitam pada sebahagian besarnya. Kask untuk kedua-dua jantina adalah serupa, tetapi kask anak burung adalah lebih kecil. Spesies ini ialah omnivor yang memakan buah - buahan, ikan dan mamalia.
Habitat Burung Enggang Tangling ialah hutan jarang terbuka dan ladang yang berhampiran. Semasa pengeraman, burung betina bertelur dua atau tiga biji telur di dalam lubang pokok yang kemudian ditutup dengan simen yang diperbuat daripada lumpur, tahi dan isi buah-buahan. Terdapat hanya satu lubang yang kecil untuk burung jantan memindahkan makanan kepada ibu dan anak-anak burung. Apabila anak burung membesar dan sarang tidak lagi muat, ibu burung akan keluar dari sarang, lalu menutup mulut sarang semula.
Thank you for the info on the Hornbills---do you know any links to the Iban mythological aspect of the bird related to the warrior/ panglima from the spirited world that is believed by the Iban Dayaks/ I am doing a research on that.
ReplyDeleteThank you,
normenarule01@gmail.com