Seo Services

Pesta Kaul 'Martabat Warisan'

Sarawak merupakan negeri yang mempunyai kepelbagaian kaum dan etnik. Peranan setiap lapisan masyarakat tidak mengira individu ialah memelihara setiap satu warisan budaya yang dimiliki oleh setiap kaum.

Dengan mengenali budaya kita sendiri, masyarakat luar secara tidak lansung akan menghargainya. Dengan budaya yang berakar umbilah kita berjaya sehingga kini.

Sudah menjadi tanggungjawab semua untuk memartabatkan budaya, serentak dengan menganjakan ekonomi negara ke peringkat yang lebih tinggi.

Seiring dengan matlamat memartabatkan budaya, hampir setiap tahun Mukah mengadakan Pesta Kaul. Pesta Kaul yang bakal berlansung pada 25 hingga 30 April di Tapak Kaul Pantai Kala Dana Mukah.

Pesta Kaul ini akan mempamerkan keunikan budaya tradisi Melanau tetapi juga budaya masyarakat tempatan lain.

Majlis Perasmian Kaul Mukah 2014 akan dirasmikan pada 26 April 2014 oleh Ketua Menteri Yang Berhormat Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan bin Haji Satem.

Kerajaan ingin perhimpunan seperti ini dipromosikan secara aktif kerana ia merupakan sebahagian aktiviti sosial yang penting selain program pembangunan ekonomi dan infrastruktur untuk mewujudkan masyarakat yang aman, bersatu dan dinamik.

Melalui penganjuran pelbagai aktiviti dan program tersebut, selain menyampaikan maklumat terkini mengenai program dan dasar-dasar Kerajaan yang bertujuan meningkatkan taraf kehidupan rakyat melalui aktiviti perniagaan dan perdagangan, ia turut menjalinkan interaksi yang lebih dekat dengan penduduk tanpa mengira kaum dan agama mereka.

Pesta Kaul kini menjadi lambang identiti bagi Bahagian Mukah seiring dengan kewujudan sebagai sebuah bahagian. Sudah terbukti Pesta Kaul telah berupaya menyesuaikan acara tradisi tersebut dengan peredaran masa.

Tarikan pada Pesta Kaul ini dapat disaksikan melalui perarakan 'sarahang' , mengubah 'sarahang' , pearakan seni warisan budaya dan persembahan kebudayaan.

Kini sudah tiba masanya sambutan Pesta Kaul ini dipakejkan dengan lebih menyeluruh. Sebagaimana diketahui, sebelum Pesta Kaul dianjurkan di Mukah terdapat Pesta-pesta Kaul kecil yang dianjurkan lebih awal lagi di beberapa kawasan lain seperti Daro, Belawai, Oya, Dalat dan sebagainya

Pesta Kaul 'Martabat Warisan' Pesta Kaul 'Martabat Warisan' Reviewed by Admin on April 22, 2014 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.