Parang Ilang adalah merupakan warisan tradisi yang masih dijaga sehingga kini secara turun temurun dan mempunyai setiap jalan cerita tersendiri bagi pemiliknya.
Parang ilang merupakan senjata yang amat dihormati bagi masyarakat Dayak di Sarawak malah ia juga adalah merupakan senjata wajib bagi setiap keluarga etnik tersebut.
Mengimbau kembali sejarah parang ilang ini dengan masyarakat di Dayak di Sarawak adalah merupakan senjata utama bagi adat “Ngayau” yang digunakan untuk memenggal kepala musuh sewaktu perang Ngayau satu ketika dahulu.
Oleh sebab itulah senjata ini amatlah dihormati dan diceritakan ada sesetengah parang ilang ini diikat rambut manusia yang mana setiap helaian rambut tersebut adalah menandakan berapa banyak kepala yang telah dipenggal menggunakan parang tersebut.
Setiap bilah parang ilang mempunyai kriterianya yang tersendiri ianya mempunyai bahagian ulu, sarung dan bilah parang. Kebiasaannya bahagian ulu parang diperbuat daripada kayu dan kayu yang digunakan bukanlah dari sembarangan sebaliknya pemilihan kayu juga diambilkira.
Seetiap parang ilang juga mempunyai ukiran dan hiasan tersendiri di bahagian ulu parang dimana ia adalah menggambarkan keperibadian pemiliknya.
Panjang sebilah parang ilang adalah antara 70 hingga 80 cm dengan bahagian hujung parang adalah agak runcing dan lebar diantara 6 hingga 7 cm. Bahagian lebar pangkal pula antara 3 hingga 4 cm. Untuk bahagian belakang parang pula diperbuat daripada logam tembaga yang akan menyinar warna kuning keemasan.
Sebenarnya parang ilang bukan sahaja merupakan senjata warisan tradisi bagi etnik Iban sahaja namun parang ilang juga simbol kemegahan turun temurun bagi etnik Kenyah, Penan dan beberapa komuniti masyarakat Dayak Sarawak yang lain. Kegunaannya hampir sama bagi setiap etnik Dayak cuma yang membezakannya adalah saiz dan bentuk bilah itu sendiri iaitu samada ianya melengkung lurus atau condong ke belakang.
![]() |
| Iban Nyabor(foto by google) |
Di dalam etnik Iban, parang ilang lebih dikenali sebagai Nyabor. Nyabor ini bentuknya seakan-akan pedang samurai dan amat tajam. Disinilah yang membezakan parang ilang buatan Iban atau Kayan kerana kedua-dua etnik ini mahir dalam pembuatan parang ilang.
![]() |
| Kayan Mandau(foto by google) |
Bagi etnik Kayan pula, parang Ilang lebih dikenali dengan panggilan Parang Mandau ataupun Malat. Mandau jika dari segi saiz sebenarnya lebih kecil sedikit daripada Nyabor.
Walau bagaimanapun ia juga mempunyai satu mata lurus dengan mata bilah semakin melebar dan runcing dibahagian hujungnya.
Mata bilahnya pula mempunyai lekuk dan melengkung sedikit pada bahagian matanya. Ianya juga mempunyai hulu yang kebiasaannya diperbuat daripada tanduk rusa ataupun kayu. Sarungnya juga adalah sama seperti Nyabor dan juga dihiasi dengan motif-motif yang tertentu bagi menggambarkan siapakah pemiliknya.
Hati-hati dari segi penggunaan parang ilang ini kerana ianya harus dilakukan dengan betul bagi mengelakkan kecederaan kepada yang menggunakannya dan kerana itulah bagi pahlawan-pahlawan etnik Dayak dahulu lagi mahir dia menggunakan parang ilang lagi banyaklah musuh yang mampu ditumpaskannya di dalam satu peperangan.
Oleh yang demikian, warisan tradisi ini diharap terus utuh dipegang oleh masyarakat Dayak kerana ia adalah senjata yang menggambarkan jati diri sebagai anak Dayak, Bangsa Sarawak.
Sumber: Borneo Oracle
Warisan Tradisi "Parang Ilang" Di Sarawak
Reviewed by Unknown
on
March 23, 2016
Rating:
Reviewed by Unknown
on
March 23, 2016
Rating:



No comments: