Seo Services

Bila Nyawa DiTempat Kedua Selepas Kekayaan


Di pusat bandar yang begitu sibuk dengan aliran trafik yang padat kenderaan bergerak. Tak kurang pula tempat letak kereta di sisi jalan dipenuhi kereta yang berjenama mewah.

Pada masa sama didapati seorang yang begitu kaya sedang meletak kereta jenis Ferrary dibahu jalan. Kereta mewah yang menjadi tatapan setiap yang lalu lalang di situ.

Hampir setengah jam orang kaya tersebut duduk dalam kereta sambil bercakap dalam telefon bimbit. Memang lagaknya orang kaya tersebut seorang yang sentiasa sibuk.

Selesai sahaja beliau meletak telefon, beliau terus membuka pintu kereta tanpa melihat depan belakan. Tiba-tiba sebuah kenderaan dari arah belakang meluru melanggar pintu kereta orang kaya tersebut.

Orang kaya berkenaan tergamam buat seketika dan keluar dari kereta mewah sambil melihat keadaan keretanya yang sudah tidak berpintu lagi. Polis yang berada berdekatan terus menghampiri orang kaya tersebut.

Polis bertanya kepada orang kaya " Tuan tidak apa-apakah ?"

Orang kaya menjawab " Apa yang tidak apa-apa sedangkan kereta saya teruk dilanggar. Kereta ini bukan murah harganya dan ia adalah harta saya yang mahal dan mewah,"

Polis berkata " Tuan, perkara sudah berlaku dan tuan perlu bersabar kerana ia hanya sebuah kereta dan boleh dibaiki lagi,"

Orang kaya menjawab " Nak bersabar apa, saya sayang kereta saya dan ia musnah sekelip mata kerana ia adalah lambang kekayaan saya,"

Polis berkata lagi " Tuan lebih sayangkan kereta tuan yang cuma pintu dilanggar tetapi tuan tidak sayang tubuh badan tuan kerana tuan sudah kehilangan tangan tuan,"

Orang kaya tadi terus melihat yang beliau telah kehilangan tangan dan terus berkata " Aduh saya telah kehilangan dua benda,"

Polis terpinga dan bertanya " Hilang apa tuan ?"

Orang kaya menjawab " Hilang pintu kereta dan jam ROLEX yang mahal serta limited edition,"

Polis menggaru kepala dan berkata dalam hati " Kenapa orang kaya pentingkan benda sedangkan tangan putus tidak diperduli,"

Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup ataupun mati kerana ia sekadar coretan sebuah hiburan semata-mata -Sarawakiana
Bila Nyawa DiTempat Kedua Selepas Kekayaan Bila Nyawa DiTempat Kedua Selepas Kekayaan Reviewed by Unknown on June 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.