Seo Services

Bill Kayong Tidak Memusuhi Sesiapa - Presiden Pedas


MIRI, 21 Jun (Bernama) -- Persatuan Dayak Sarawak (Pedas) terkejut dengan pembunuhan Setiausaha Pedas, Bill Kayong pagi tadi dan mahu polis segera mencari pelakunya.

Presiden Pedas, Kapten Collin Imran Abdullah berkata Kayong merupakan seorang yang cepat mesra serta komited dalam menjalankan aktiviti sosial bagi masyarakat Dayak.

"Sepanjang mengenali mangsa (Bill), dia tak ada memusuhi sesiapa pun," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun Collin berkata tahun lepas Kayong pernah memberitahu mengenai panggilan telefon yang diterimanya supaya beliau jangan mencampuri urusan berkaitan isu tanah.

"Dia memberitahu saya, tak tahu sama ada panggilan itu berbentuk ugutan atau sebaliknya sebab dia tidak suka membesarkan perkara remeh," katanya.

Beliau berkata Pedas akan cuba membantu kebajikan keluarga Kayong termasuk soal upacara pengkebumian.

"Mangsa ialah seorang mualaf dan kita sekarang akan berbincang dengan ahli keluarganya untuk memudahkan upacara pengkebumian dijalankan," katanya.


Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyifatkan mangsa sebagai seorang yang amat lantang dalam memperjuangkan isu tanah penduduk.

Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee yang turut mengucapkan takziah berkata mangsa pernah membantu PAS dalam pilihan raya umum ke-13 di kawasan Parlimen Sibuti. -- BERNAMA
Bill Kayong Tidak Memusuhi Sesiapa - Presiden Pedas Bill Kayong Tidak Memusuhi Sesiapa - Presiden Pedas Reviewed by Admin on June 21, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.