LIMBANG: Dua remaja antara empat lelaki yang dicekup polis ketika sedang asyik bermain mesin ikan di sebuah premis di sini awal pagi semalam.
Dalam serbuan jam 2.20 pagi itu suspek berusia 16 dan 17 tahun ditahan bersama dua lagi rakan mereka berusia 20 dan 25 tahun oleh sepasukan polis di premis berkenaan.
Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata dalam serbuan sama polis turut merampas wang tunai RM200, enam buah kerusi dan seunit mesin ikan.
Kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. - UB
Dua Remaja Antara Empat Lelaki Dicekup Bermain Mesin Ikan
Reviewed by Unknown
on
June 22, 2016
Rating:
No comments: