KARELIA: Seorang guru pengiring bersama14 pelajar terkorban dalam insiden bot terbalik setelah dibadai ribut di Tasik Syamozero di wilayah Karelia, utara Rusia semalam.
Kesemua pelajar yang terkorban berusia 12-15 tahun yang berasal dari Moscow difahamkan sedang mengikuti perkhemahan musim panas.
Sebahagian besar mayat mereka ditemui di sebuah pulau di tasik berkenaan manakala selebihnya djumpai di sebuah perkampungan setelah hanyut dibawa arus.
Pada ketika insiden berlaku, seramai 47 pelajar bersama empat pengiring dewasa berada di dalam bot.
Memetik laporan sebuah portal berita nasional,empat suspek telah ditahan atas dakwaan melanggar peraturan keselamatan.
Suspek terdiri dari dua pengiring serta pengarah dan timbalan pengarah hotel di mana mereka menginap.
Sementara itu, Datuk Bandar telah mengerahkan doktor dan pakar psikologi membantu mangsa yang terselamat.
Menurut polis, pihak berkuasa sebelum ini telah mengeluarkan amaran berhubung ancaman taufan dan angin kencang beberapa hari sebelumnya.-Awani
Insiden Bot Terbalik Ragut Nyawa 14 Pelajar
Reviewed by Unknown
on
June 20, 2016
Rating:
No comments: