KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan
Sukan Khairy Jamaluddin meminta agar rakyat tidak menghukum prestasi sukan negara dengan melihat pencapaian skuad
bola sepak kebangsaan.
Katanya
kebanyakan sukan telah membuktikan bahawa atlet mereka mampu mempamerkan
prestasi dan pencapaian terbaik di peringkat antarabangsa.
Beliau
berkata rakyat tidak sepatutnya menganggap prestasi sukan negara merosot
berikutan hanya satu jenis sukan yang tidak menunjukkan pencapaian terbaik.
“Sukan
kita tidak merudum, sukan kita di landasan betul, cuma bola sepak (belum
menunjukkan prestasi baik),” katanya pada majlis berbuka puasa dan penyampaian
Skim Hadiah Kemenangan Atlet Malaysia (Shakam), di Majlis Sukan Negara (MSN),
Bukit Jalil.
“Walaupun
bola sepak kita kalah, sukan lain seperti ragbi kita juara di Kejohanan Ragbi
Asia. Malah kita berada di ranking keempat Asia di belakang Jepun, Korea
Selatan dan Hong Kong,” katanya.
Selain
ragbi, Khairy turut berpuas hati dengan pencapaian atlet olahraga seperti Badrul
Hisyam Abdul Manap dan Khairul Hafiz Jantan yang mempamerkan pencapaian terbaik
di beberapa kejohanan disertai mereka.
Katanya
kemunculan perenang remaja Welson Sim dan pencapaian atlet lompat tinggi Nauraj
Singh sedikit sebanyak meredakan kebimbangan beliau berhubung ketandusan pingat
emas dalam acara renang dan lompat tinggi pada Sukan SEA 2017.
Dalam pada
itu, beliau memaklumkan seramai 26 atlet negara telah layak beraksi di Sukan
Olimpik Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos depan.
Sementara
skuad paralimpik negara pula, seramai 13 atlet telah mengesahkan tempat mereka
ke temasya itu yang dijadual berlangsung pada September, dua minggu selepas
berakhir Sukan Olimpik 2016.
“Kita akan
melihat saingan antara kontinjen Olimpik dan Paralimpik, yang mana akan menjadi
penyumbang emas pertama negara.
“Saya juga
akan umumkan insentif bagi pemenang pingat emas pertama negara pada Sukan
Olimpik sebelum temasya itu bermula,” katanya.
Pada
sidang media kemudian,
Khairy berkata rakyat tidak seharusnya menilai prestasi sukan negara secara
keseluruhan berdasarkan beberapa jenis sukan popular sahaja.
“Atlet
daripada sukan lain telah mempamerkan prestasi yang membanggakan negara. Jadi,
mereka juga perlu dinilai dan dihargai,” katanya.
Pada
majlis penyampaian Shakam itu, seramai 39 atlet menerima insentif berikutan
pencapaian cemerlang meraih pingat emas, perak dan gangsa di kejohanan
peringkat antarabangsa dari September 2015 hingga Jun tahun ini. – Bernama
Jangan hukum sukan negara hanya kerana bola sepak - Khairy
Reviewed by Unknown
on
June 21, 2016
Rating:
No comments: