Seo Services

KesBunuhBillKayong : Abang Johari, Masing Zahirkan Rasa Simpati


Kuching : Walaupun berbeza fahaman politik, dua Timbalan Ketua Menteri Negeri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan Tan Sri Datuk Amar James Masing menzahirkan simpati dan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Setiausaha PKR Miri Bill Kayong yang ditembak mati di Miri, pagi semalam.

Abang Johari berkata, motif pembunuhan mungkin bukan disebabkan atas dasar politik dan beliau berharap pihak berkuasa berkaitan segera melakukan penyiasatan.

“Kita merasa sedih dengan apa yang berlaku di Miri dan kita tidak tahu niat atau motif atas perkara yang berlaku.

“Kita berasa sedih juga kerana ia bukan budaya kita jika ia berbaur politik melainkan ada sebab-sebab lain. Saya rasa ia bukan bermotifkan politik," katanya, petik laporan UtusanBorneo.

Sementara itu, James Masing berharap pelaku jenayah dapat dibawa ke muka pengadilan tidak lama lagi.

“Tidak kira apa pun perbezaan pendapat kita, tidak ada sesiapa yang berhak untuk bertindak sewenang-wenangnya di luar batas undang-undang," tegasnya.

“Takziah kepada keluarga beliau (Bill Kayong) atas kematian beliau," katanya. - Sarawakiana
KesBunuhBillKayong : Abang Johari, Masing Zahirkan Rasa Simpati KesBunuhBillKayong : Abang Johari, Masing Zahirkan Rasa Simpati Reviewed by Unknown on June 22, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.