RIYADH: Hidangan nasi mandi, makanan tradisional masyarakat Arab yang dihidangkan bersama ayam atau daging kambing dijual dengan harga SR113,600 (RM122,000) dalam satu acara memungut derma.
Penjualan itu dibuat sebagai sebahagian daripada lelongan awam di pulau Tarout, Wilayah Timur di Arab Saudi untuk mengumpul dana bagi meningkatkan kehidupan anak yatim dan mereka yang memerlukan.
Ketua badan kebajikan masyarakat tempatan, Abdullah Al Alaiwat yang menganjurkan lelongan itu berkata, matlamatnya ialah untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam kalangan setiap penduduk.
“Jumlah yang diperoleh dalam acara yang diadakan sebelum sahur itu ialah SR136,550 (RM147,000). Kami mahu mendekati masyarakat dan memastikan mereka menyertai semua aktiviti yang dianjurkan,” katanya, dipetik oleh akhbar Okaz, kelmarin.
Pengguna dalam talian turut menyambut baik rancangan itu dan memuji semangat kerjasama melalui aktiviti kebajikan. - Agensi
Nasi Mandi Dijual Dengan Harga RM122,000
Reviewed by uMieySurianie
on
June 22, 2016
Rating:
No comments: