KUCHING: Sebuah video yang berdurasi selama satu minit yang dimuatnaik oleh Aznil Haji Nawawi atau lebih selesa dengan panggilan Pak Nil di laman Facebook miliknya Ahad lalu menjadi viral sekaligus mendapat pujian di kalangan netizen amnya.
Video tersebut adalah merupakan video kejutan Pak Nil dengan menjadikan dirinya sebagai model iklan dalam papan tanda kedai seorang pengusaha kedai kek lapis yang beroperasi secara kecil-kecilan terletak di alamat 9A, Jalan Muhibbah Kuching Sarawak yang diusahakan oleh Rahmah Hashim, 42.
Bermula dengan minat menerima tempahan separuh masa dari sahabat handai dan saudara mara pada tahun 1993, kini bertukar menjadi perniagaan sepenuh masa sejak mendaftarkan sebuah syarikat kek yang diberi nama Q Cake Enterprise pada tahun 2003.
Rahmah ketika dihubungi Sarawakiana berkata dirinya bersama amat teruja hingga menitiskan air mata kegembiraan setelah melihat wajah Pak Nil terpampang dalam iklan papan tanda Q Cake yang diletakkan di hadapan lorong rumahnya.
“Saya tidak menyangka Pak Nil sanggup menjadi duta kepada papan tanda syarikat Q Cake saya dengan ikhlas hati beliau.
“Saya juga berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pak Nil dan hanya Allah sahaja yang mampu membalas budi baik Pak Nil ini”, jelasnya.
Posting mengenai papan tanda tersebut mendapat ribuan share dan juga mendapat dan sekaligus pasti akan memberi manfaat bagi keluarga Rahmah.
Hanya tinggal dua minggu sahaja lagi menjelang tiba hari raya Aidilfitri pastinya Rahmah juga tidak menang tangan menyiapkan tempahan-tempahan kek sepertimana yang ditempah orang ramai peminat tegar kek lapis Sarawak amnya.
Kepelbagaian corak yang tersusun rapi bak lukisan abstrak adalah salah satu keunikkan kek lapis Sarawak menjadi tarikan kepada pengunjung luar dan ia sekaligus menjadi kebanggaan Bumi Kenyalang.
Pembuatan kek lapis sememangnya memerlukan kreativiti dan ketelitian juga kesabaran untuk menghasilkan motif yang cantik dan indah.
Ditanya mengenai jenis kek lapis yang menjadi pilihan utama orang ramai, Rahmah menyatakan tempahan terbanyak adalah ke atas kek lapis red velvet, kek lapis india, kek lapis Cadbury, kek lapis, oreo dan kek tradisional Sarawak Kek Hati Pari.
Harga yang dikenakan adalah berpatutan bagi setiap kek dan kini beliau telah menyiapkan sebanyak 40 peratus tempahan kek lapis sebelum menjelangnya perayaan aidilfitri tidak lama lagi.-Sarawakiana
Pak Nil Beri Inspirasi Kepada Pembuat Kek Lapis Sarawak
Reviewed by Unknown
on
June 22, 2016
Rating:
No comments: