LUNDU : Orang ramai khususnya pengguna jalan Sempadi - Lundu dinasihatkan supaya berhati-hati ketika melalui jalan tersebut kerana terdapat kerosakan pada Jambatan Sungai Rayu di jalan tersebut.
Jambatan tersebut terletak di sepanjang Jalan Lundu Sampadi Selang, selepas feri Rambungan menghala ke Kuching.
Dalam satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuching, Ir. Awang Mohammad Fadillah Awang Redzuan, komponen jambatan itu rosak.
Namun begitu orang ramai diminta agar mengambil perhatian terutama kepada pengguna kenderaan berat lebih daripada 3 tan yang tidak dibenarkan untuk menyeberangi jambatan ini dari sekarang sehingga komponen jambatan rosak telah dibaiki atau diganti. – Sarawakiana
Pengguna Laluan Sempadi - Lundu Diminta Waspada
Reviewed by uMieySurianie
on
June 22, 2016
Rating:
No comments: