Seo Services

Permohonan Temu Bual Huckle Ambil Masa - KPN


KUALA LUMPUR: Permohonan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menemu bual pesalah jenayah fedofilia, Richard Huckle akan mengambil sedikit masa kerana proses berkenaan membabitkan kerjasama perundangan yang agak rumit.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata permohonan PDRM untuk menemu bual Huckle yang kini dipenjarakan perlu dibuat melalui Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Luar sebelum diajukan kepada pihak berkuasa Britain.

"Tujuan temu bual bukan hanya untuk mengenal pasti mangsanya, tetapi untuk mengetahui siapakah rakan sejenayahnya (Huckle).

"Mereka mungkin berada di sini (Malaysia) atau di mana-mana juga dan menyasarkan anak-anak kecil kita sebagai mangsa," katanya kepada pemberita di sini, sebentar tadi.

Khalid ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya PDRM 2016 kepada Ketua-ketua jabatan dan Ketua Polis Negeri.

Huckle, 30, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup selepas mengaku bersalah terhadap 71 pertuduhan penderaan seksual terhadap kanak-kanak termasuk dari Malaysia.

Pedofil warga Britain itu mengaku melakukan perkara itu terhadap mangsa berusia antara enam hingga 11 tahun dari tahun 2006 hingga 2014. - BH

Permohonan Temu Bual Huckle Ambil Masa - KPN Permohonan Temu Bual Huckle Ambil Masa - KPN Reviewed by uMieySurianie on June 20, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.