KUCHING: Polis menggesa orang ramai yang menyaksikan insiden tembak Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cawangan Miri, Bill Kayong pagi tadi agar tampil untuk membantu siasatan.
Sehubungan itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak SAC Dev Kumar dalam satu kenyataan media berkata, insiden yang berlaku di lokasi kejadian berdekatan lampu isyarat agar sibuk pada waktu pagi dan sudah pasti ramai orang melalui kawasan berkenaan.
“Saya menggesa kepada saksi kejadian ini agar tampil membantu kita dalam siasatan. Kawasan lampu isyarat ini biasanya sibuk pada sebelah pagi dan sudah pasti ramai yang melaluinya,” katanya.
Pada masa sama Dev berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kemungkinan punca kejadian.
“Kita memberi jaminan bahawa kita akan menjalankan siasatan secara rapi,” ujarnya.
Polis mengklasifikasikan insiden tembak berkenaan sebagai kes bunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada PRN-11, Bill bertanding atas tiket PKR bagi DUN Bekenu namun tewas kepada calon BN dalam pertembungan empat penjuru. – Sarawakiana.
Polis minta saksi tampil bantu siasatan kes tembak di Miri
Reviewed by Unknown
on
June 21, 2016
Rating:
No comments: