KUCHING: Sebuah rumah panjang lima pintu dua tingkat tidak kekal yang dijadikan inap desa di Kampung Sentah, Siburan musnah dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 4 pagi tadi.
Operasi memadam kebakaran menghadapi kesukaran kerana jentera tidak dapat memasuki kampung berkenaan kerana jalan sempit.
Pihak bomba terpaksa menggunakan kenderaan utiliti Hilux yang melibatkan empat anggota.
Tiada punca air di kampung tersebut turut menyukarkan pihak bomba untuk memadamkan kebakaran.
Operasi pemadaman tamat sekitar jam 6.42 pagi selain tiada kemalangan jiawa berlaku. – Sarawakiana
Rumah Panjang Yang Dijadikan Inap Desa Musnah Dalam Kebakaran
Reviewed by Unknown
on
June 23, 2016
Rating:
No comments: