KUCHING: Sebanyak sembilan buah vesel dan 105 tekong dan awak-awak ditahan kerana kesalahan memunggah hasil tangkapan laut tanpa permit sah daripada Jabatan Perikanan Laut Sarawak.
Daripada jumlah vesel ditahan, lapan merupakan bot nelayan C2 dan sebuah vesel induk asing selain 200 tan metrik hasil tamgkapan.
Menurut Pengarah Maritim Wilayah Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Ismaili Bujang Pit berkata, aktiviti pemunggahan hasil tangkapan laut dari vesel ke vesel tanpa permit itu dikesan di kedudukan lebih kurang 0.6 batu nautika dari Pelabuhan Tanjung Manis pada 15 Jun lepas.
"Oleh kerana keadaan bot-bot ini kelihatan mencurigakan, pemeriksaan telah dibuat dan didapati sebuah vesel induk asing yang bersauh dan dihimpit lapan buah vesel nelayan C2 sedang melakukan kerja-kerja pemunggahan ikan antara vesel ke vesel.
"Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua lapan buah vesel nelayan C2 ini melanggar syarat lesen kerana gagal mengemukakan sebarang kebenaran atau permit pemunggahan ikan dari vesel ke vesel daripada mana-mana agensi kerajaan yang berkaitan,"katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata, vesel induk asing juga gagal mengemukakan dokumen sah berdaftar sebagai kapal kargo untuk melakukan aktiviti memunggah hasil laut secara sah.
"Kes ini disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Kastam dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952," ujarnya. - Sarawakiana.
Sembilan buah vesel dan 105 tekong, awak-awak ditahan
Reviewed by Unknown
on
June 20, 2016
Rating:
No comments: