Seo Services

Adenan Jumpa Najib Hari Ini Bincang Isu Penurunan Kuasa


Kuching : Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib di Putrajaya, hari ini.

Menururt Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Ambrose Cheng Loi Hee melalui kenyataannya semalam, pertemuan tersebut adalah bertujuan untuk membincangkan beberapa perkara dan isu berbangkit terutamanya penurunan kuasa Persekutuan kepada kerajaan negeri, Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC ) Laporan dan Cadangan, Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.

Selain itu, Adenan juga akan turut mengemukakan dua memorandum kepada Perdana Menteri mengenai kedudukan kerajaan negeri berhubung perkara tersebut.

Isu penurunan kuasa telah disentuh oleh Adenan dengan terperinci dalam perbahasan beliau pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang lepas dan katanya kerajaan negeri akan terus menuntut perkara tersebut demi kepentingan rakyat. - Sarawakiana
Adenan Jumpa Najib Hari Ini Bincang Isu Penurunan Kuasa Adenan Jumpa Najib Hari Ini Bincang Isu Penurunan Kuasa Reviewed by Unknown on July 04, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.