KUCHING: Baki saingan Liga Super 2016 dan Piala Malaysia bakal menyaksikan dua penambahbaikan berlaku dalam skuad Sarawak melibatkan perlatikan David Usop sebagai ketua jurulatih serta pemilihan Teah Dennis sebagai penaib import keempat bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Davide Grassi.
Dua berita menggembirakan itu diumumkan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) Datu Sudarsono Osman pada sidang media baru-baru ini.
Sudarsono berkata, pada mesyuarat yang berlangsung sebelum ini, pihaknya bersetuju untuk memberi mandat kepada David untuk membimbing pasukan.
"Beliau (David) menunjukkan prestasi hebat dan membuktikan keupayaannya dengan mengeluarkan pasukan dari kelompok pasukan tercorot," katanya.
Pada masa sama, beliau turut berharap David dapat menampilkan keajaibannya untuk baki perlawanan.
Sudarsono turut mengesahkan pemilihan Teah yang berasal dari Liberia sebagai pemain import keempat.
Sarawak bakal meneruskan saingan pertama peringkat kumpulan Piala Malaysia menentang Kedah di Stadium Darul Aman pada 13 Julai. -Sarawakiana.
Penambahbaikan Skuad Sarawak Bagi Hadapi Liga Super dan Piala Malaysia
Reviewed by Unknown
on
July 04, 2016
Rating:
Sy nak join team sarawak boleh x?sy org sarawak gak...plz inbox aku kat fb Oppa andrean..bg sy 1 perluang utk tunjukan bakat sy..
ReplyDelete