Seo Services

Senarai Individu Yang Dilarang Masuk Sarawak Sudah 'Dibebaskan'


Kuching : Seramai 50 individu dengan kebanyakannya pemimpin pembangkang yang dilarang memasuki Sarawak sepanjang Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11), sudah 'dibebaskan'.

Ia memperlihatkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, bersikap terbuka dan mengotakan janji untuk tidak mengharamkan pemimpin pembangkang ke negeri ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Abd Ghani, berkata arahan berkenaan masih berkuat kuasa terhadap beberapa individu yang dikenal pasti sebagai 'pelampau' kerana dikhuatiri boleh menjejaskan ketenteraman awam di negeri ini.

"Hampir semua (pemimpin pembangkang) yang dikenakan NTL (pengharaman masuk) ketika kempen pilihan raya sebelum ini sudah dibebaskan.

"Mereka boleh menyemak status masing-masing dengan Jabatan Imigresen Sarawak tetapi arahan sama tetap dikuatkuasakan terhadap individu yang dikenal pasti boleh menjejaskan keharmonian rakyat berbilang bangsa serta kepercayaan agama di Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau persiapan terakhir Pusat Media Temasya Sukan Malaysia 2016 (SUKMA2016) di Pusat Akuatik Sarawak di sini, Jumaat lepas.

Selain Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, turut dikenakan larangan itu ialah anaknya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Penolong Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching; Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, pereka maskot Ubah, Ooi Leng Han juga dari DAP; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Timbalan Angkatan Muda PKR, Dr Afif Bahardin.

Turut tersenarai ialah Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos dan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali.

Kerajaan Sarawak mempunyai kuasa Imigresen untuk menghalang mana-mana individu memasuki negeri ini melalui Perkara 18 Perlembagaan Malaysia, malah ia sebahagian daripada keistimewaan diberi kepada negeri ini apabila bersetuju bersama membentuk Malaysia pada 1963. - BH
Senarai Individu Yang Dilarang Masuk Sarawak Sudah 'Dibebaskan' Senarai Individu Yang Dilarang Masuk Sarawak Sudah 'Dibebaskan' Reviewed by Unknown on July 04, 2016 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.